Sukan Hari Ini

Durakovic yakin Selangor menang

KETUA Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic meluahkan keyakinan pasukannya mampu mencatatkan kemenangan ke atas T-Team dalam aksi kelima Kumpulan C Piala Malaysia, malam ini.

Durakovic berkata, momentum kemenangan selepas mengakhiri rekod 13 tahun menundukkan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru ini akan diteruskan.

Katanya, ditambah beraksi di laman sendiri disamping sokongan penyokong mampu menaikkan semangat anak buahnya.

“Saya yakin kami mampu menang. Pemain begitu semangat selepas menewaskan Kelantan.

“Semua pemain sudah tidak sabar beraksi bagi memastikan kami terus kekal pendahulu kumpulan,” katanya.

Biarpun yakin The Red Giants mampu meraih kemenangan Durakovic tetap mahu pemainnya waspada.

“T-Team juga dalam momentum terbaik selepas dua kemenangan berturut-turut,” katanya.

Mengenai persediaan berdepan The Titans, Mehmet berkata, hanya Bunyamin Umar mengalami kecederaan ringan pada lutut.

“Keadaannya tidak parah mungkin akan pulih sebelum perlawanan. Pemain lain tidak sabar beraksi,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");