Panasnya Hari Ini

Enam Tokoh Politik Desak Khairuddin, Matthias Dibebaskan Serta Merta

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh politik veteran dan semasa tanahair mendesak agar bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, peguam, Matthias Chang dibebaskan serta merta kerana ianya telah menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil tindakan undang-undang yang sah di dalam Negara.

Desakan itu dibuat menerusi satu kenyataan bersama oleh enam tokoh politik termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Ong Tee Keat dan Tan Sri Sanusi Junid.

“Penahanan peguam Matthias Chang dan anak guamnya Datuk Seri Khairuddin di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

“Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap,”katanya.

Tambahnya lagi, penahanan kedua-dua individu tersebut merupakan salah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa dengan yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang tersebut diluluskan oleh Parlimen.

“Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah Negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,”jelasnya.

Kata mereka lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menepati janji yang dibuatnya ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut di Dewan Rakyat pada 2012.

IMG-20151012-WA0011

 

“Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu ‘bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan.

“Malahan, beliau berjanji ‘tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara’,”katanya.

Menerusi kenyataan itu, mereka turut meminta jaminan daripada pihak berkuasa bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

“Berdasarkan janji ini, maka kedua-dua warganegara ini (Khairuddin dan Matthias) mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan dibawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara,”tegasnya.

SOSMA 2012 diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus bagi menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia.

Antaranya ialah menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan warganegara takut akan keganasan tersebut, untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang Dipertuan Agong dan yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau memudaratkan keselamatan Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");