Sukan Hari Ini

England lakar rekod bersih 100 peratus

ENGLAND menamatkan kempen peringkat Kumpulan E Kelayakan Euro 2016 sekali gus layak ke Perancis tahun depan dengan rekod 100 peratus kemenangan.

Three Lions kendalian Roy Hodgson tampil dengan barisan di bawah keupayaan sebenar tidak menghadapi masalah menjinakkan Lithuania 3-0, semalam.

Pemain tengah Everton, Ross Barkley meletakan England yang berkunjung di Stadium LFF selesa di depan pada minit ke-29.

Kegagalan penjaga gol Lithuania, Giedrius Arlauskis menampan kemas rembatan kencang Harry Kane menyaksikan mencecah jaring sendiri pada m-35 untuk pelawat mendahului 2-0 separuh masa pertama.

Pemain tengah Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain turut mencatat nama sebagai penjaring apabila menyumbat masuk gol ketiga m-62 untuk England meraikan kecemerlangan di gelanggang lawan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");