Berita Hari Ini

erebu kembali buruk, 13 lokasi terjejas

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan dengan kawasan yang mencatatkan kualiti udara Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 13 tengah hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 12 tengah hari, satu lagi kawasan baharu mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 107 berbanding 96 pada 9 pagi tadi.

Sementara itu, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat didahului dengan Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 147, diikuti Seremban di Negeri Sembilan (143), Pelabuhan Klang, Selangor (137); Shah Alam, Selangor (134); Bandaraya Melaka (131) dan Bukit Rambai (128) di Melaka.

Kawasan lain adalah Batu Muda, Kuala Lumpur (123); Putrajaya (123); Petaling Jaya dan Banting, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 122 dan 118; Port Dickson, Negeri Sembilan (116) dan Pasir Gudang, Johor (110).

Sejumlah 27 kawasan tengah hari ini mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Larkin Lama, Muar dan Kota Tinggi di Johor dengan masing-masing mencatatkan bacaan 100, 93 dan 92; Balok Baru, Kuantan (90); Seri Manjung,Perak (87) dan Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (85).

Sementara itu, 12 kawasan mencatatkan IPU sihat antaranya Sekolah Menengah Tanjung Chat, Kota Baharu, Kelantan (49); Sandakan, Sabah 47; Sibu, Sarawak (44); Keningau dan Kota Kinabalu di Sabah masing-masing mencatatkan bacaan 39 dan 35.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");