Sukan Hari Ini

Final Renang Batal Akibat Jerebu

SINGAPURA: Pusingan akhir hari pertama Kejohanan Renang Piala Dunia Fina 2015 di sini, dibatalkan akibat keadaan jerebu.

Pihak penganjur dalam kenyataan berkata pembatalan itu kerana tahap jerebu melepasi tahap yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura.

Kesihatan atlet, pegawai dan penonton adalah keutamaan Fina dan oleh itu pusingan akhir yang dijadual pada pukul 6 petang ini dibatalkan, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, jadual pertandingan pada hari kedua esok tertakluk kepada pengesahan keadaan cuaca sejam sebelum acara saringan dan sejam sebelum acara akhir.

Indeks Piawai Pencemaran (PSI) pada pukul 5 petang berada pada paras 144 hingga 182 iaitu paras tinggi tidak sihat manakala PSI bagi tempoh tiga jam berada di paras 222. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");