Jenayah

Gadis hilang sejak Sabtu lalu

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga buntu dan bimbang keselamatan anak gadisnya yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu, selepas meninggalkan rumahnya di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

Azlina Ali, 39 berkata, dia sekeluarga hanya menyedari kehilangan Yasmin Batrisyia Md Amin, 13, apabila anaknya yang lain memberitahu Yasmin tidak berada di tempat tidur kira-kira jam 4 pagi.

“Kira-kira pukul 4 pagi hari kejadian, adiknya, Husna perasan Yasmin masih ada dalam bilik. Tapi masa saya bangkit tidur setengah jam selepas itu, saya dapati Yasmin dah tak ada di tempat tidurnya,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami ada cuba mencari Yasmin namun gagal menemuinya.

“Saya percaya Yasmin sudah keluar dari rumah dengan bawa dua helai baju. Dia juga memakai seluar jeans dan bertudung biru serta berkasut hitam ketika keluar.

“Kami percaya dia keluar ikut pintu dapur. Kali terakhir saya nampak dia masih aktif di Whatsapp pada pukul 9.14 pagi keesokan harinya,” katanya.

Dia mengakui tidak berputus asa menghubungi telefon bimbit anaknya itu waalupun panggilannya tidak berjawab.

Azlina berkata, malam sebelum anaknya keluar dari rumah, mereka sekeluarga kecuali suami, Md Amin Sipon, 39, sempat meluangkan masa bersama-sama membeli belah di pasaraya Mydin Taman Rinting Masai, di sini.

“Kami tak ada gaduh apa, malah dia sempat minta makan mi hotplate selain beli barang peribadi termasuk pakaian. Saya rasa tindakannya (keluar rumah) itu sebab terpengaruh ajakan rakan.

“Yasmin bukan orang yang keras hati, dan saya percaya sebab itu dia mudah termakan pujukan orang lain yang mungkin ingin mengambil kesempatan,” katanya.

Dia turut menyifatkan anak sulung daripada lima beradik itu seorang yang patuh dan boleh diharap namun tidak menyangka boleh bertindak sedemikian.

Menurutnya, dia sebagai seorang ibu yakin bahawa Yasmin masih hidup dan berada di sekitar kawasan Pasir Gudang.

Justeru, dia meminta jasa dan bantuan orang ramai untuk mencari anaknya itu.

“Anak saya berkulit sawo matang, tinggi kira-kira 164 sentimeter dan berat badan sekitar 51 kilogram.

“Sesiapa yang nampak atau tahu mana Yasmin, mereka boleh hubungi talian telefon 012-723 2340 atau 016-7230957 dan 012-7230342,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, perkara tersebut masih dalam siasatan pihaknya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");