Panasnya Hari Ini

GERAKAN Kongsi ‘Tips’ Raih Semula Sokongan Pengundi Cina

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian mengenai isu dan masalah yang membebankan kehidupan rakyat, terutama kaum Cina jika masih mahu menarik semula sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang berkata, perkara itu merupakan antara tips yang perlu digunakan oleh BN jika mahu meraih semula undi dan sokongan masyarakat Cina.

Katanya lagi, hal ini kerana masyarakat Cina kurang berminat dengan isu politik sebaliknya mementingkan isu dan masalah yang membebankan kehidupan seharian.

“Ini perkara-perkara yang mereka hadapi tiap-tiap hari. Saya tidak fikir masyarakat Cina terlalu ambil berat soal politik berbanding masalah yang dihadapi seharian,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya, sekiranya kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan kos sara hidup seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kenaikan tol, dan isu pendidikan dapat diselesaikan, sokongan masyarakat Cina pasti dapat diperolehi.

Beliau menjawab demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat oleh Najib yang berkata bahawa masyarakat Cina di Malaysia bukanlah pendatang.

Tambah Keng Liang lagi, kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri itu adalah bertujuan untuk menepis tohmahan dan tuduhan yang dilontarkan oleh pembangkang yang ingin menanam semangat kebencian rakyat, terutama masyarakat Cina terhadap kerajaan BN.

“Ia (kenyataan Najib) akan bantu dari segi persepsi dan tidak menjadikannya bertambah buruk. Tiap-tiap hari pembangkang buat fitnah kepada BN mengenai masyarakat Cina,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");