Berita Hari Ini

Gesa tubuh Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB

KUALA LUMPUR – Satu memorandum memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan Pemuda parti Amanah Negara (Amanah) kepada yang DiPertuan Agong di Istana Negara sebentar tadi.

Penyerahan memorandum itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Amanah Muhammad Faiz Fadzil sekitar pukul 10:30 pagi tadi, dan diserahkan kepada Pegawai Tadbir Kanan Istana Negara Zainaldin Mohd Noor di Pintu Ketiga Istana Negara.

Menurut Muhammad Faiz, penyerahan memorandum itu adalah berkenaan cadangan pihaknya yang meminta agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) berkenaan isu skandal 1MDB.

?”Saya percaya siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa sebelum ini tidak mendatangkan sebarang hasil jadi kami percaya dengan cadangan penubuhan RCI ini, di mana satu badan yang lebih efisien untuk menyiasat 1MDB kerana skandal ini menjadi perhatian masyarakat dunia.

“Sepertimana yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar Aziz, bahawa isu 1MDB perlu diselesaikan dengan segera sebab ia menghilangkan keyakinan antarabangsa terhadap negara.

“Oleh itu kami percaya bahawa cadangan penubuhan RCI ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap negara,” katanya kepada media di Pintu Tiga Istana Negara hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata pihaknya memohon pertimbangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya meletak jawatan dengan kadar segera agar siasatan yang lebih telus dan bebas dapat dijalankan dalam isu 1MDB ini.

“Isu 1MDB ini membabitkan PM secara langsung, di mana beliau sebagai menteri kewangan dan pengerusi 1MDB, jadi saya percaya peletakan PM amat penting bagi memastikan ?siasatan dapat dijalankan secara telus,” katanya.

Sementara itu, menurut Naib Ketua Pemudanya Mohd Shazny Hamzan berkata pihaknya turut mengerakkan Pemuda Amanah Negeri untuk menyerahkan memorandum yang sama kepada Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Kami gerakan Pemuda Amanah Negeri untuk turut menyerahkan memorandum kepada Sultan dan juga Yang Dipertua Negeri di negeri masing-masing supaya cadangan penubuhan RCI ini mendapat maklumat seluruh Majlis Anggota Raja-Raja di semua negeri .

“Harapan kami agar penubuhan ini dilakukan segera kerana rakyat tidak mampu menunggu lebih lama lagi isu ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");