Sukan Hari Ini

Gilap raja libas

Alor Setar: Bekas raja libas Adnan Saidin bertekad ingin mengembalikan semula kegemilangan sukan sepak takraw dengan menggilap bakat muda.

Adnan, 58, berkata dia kini dalam usaha membangunkan semula pembangunan sukan sepak takraw di Kedah selepas melihat potensi atlet muda.

“Atas dasar keprihatinan dan semangat kesukanan yang masih tinggi walaupun sudah berusia, kami barisan pemain lama nekad kembali bersatu dan berusaha membantu sedaya upaya untuk melatih serta menjadi mentor kepada bakat baru serta pasukan pelapis sukan sepak takraw.

“Sukan sepak takraw ini walaupun dilihat ada pasang surutnya, kami pasukan veteran ini akan terus membantu sedaya mungkin bagi berkongsi petua untuk berjaya,” katanya ketika ditemui selepas menerima tokoh Anugerah Sukan Untuk Semua Peringkat pada Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua, baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Aminuddin Omar.

Adnan berkata, beliau tidak sabar untuk melihat semula zaman kegemilangan sukan sepak takraw yang satu ketika dahulu begitu gemilang dan sentiasa meniti di bibir masyarakat serta peminat sukan terutamanya di negeri ini.

“Walaupun sudah berusia 58 tahun saya masih aktif dalam sukan ini dan turut bertindak sebagai salah seorang mentor bagi mengajar teknik libasan maut.

“Saya mahu pemain muda mendapat gelaran sama, Raja Libas Asia dan juga dunia.

“Biar anugerah ini dapat dikongsi bersama generasi baru, dan saya berharap akan ada atlit muda yang begitu gigih berlatih,” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");