Isu Panas

Godam nombor telefon untuk sekat sertai Amanah

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) melahirkan kekesalan terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam dan menggunakan nombor telefon beberapa setiausaha parti itu di peringkat negeri untuk menghantar mesej palsu berkait keahlian dan penghinaan kepada pihak tertentu.

Setiausahanya, Mohd Anuar Tahir berkata pihkanya tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan itu sebagai cubaan mengganggu dan menyekat gelombang penyertaan rakyat ke dalam Amanah, khususnya di peringkat kawasan.

“Kes sebegini bukan pertama kali berlaku. Sebagai sebuah parti baharu, kami sedar akan risiko yang terpaksa dihadapi dalam usaha memposisikan parti Amanah di persada politik tanah air.

“Saya ingin menegaskan bahawa, walau apa cara sekalipun digunakan untuk menyekat usaha kami, ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat para petugas parti Amanah untuk terus mendampingi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar juga berkata, setakat ini pencerobohan itu melibatkan nombor telefon setiausaha Amanah Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Perlis, Pahang dan Kelantan.

“Kesemua mereka hanya mengetahui hal ini selepas mendapat mesej balas dari penerima yang menghubungi mereka,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang terlibat dan menerima mesej palsu itu supaya membuat laporan polis.

“Pasukan teknikal Amanah sedang menyiasat kes ini dan mereka yang nombornya terlibat digodam, dinasihatkan membuat laporan polis.

“Kepada ahli dan orang ramai, khususnya penerima mesej palsu itu, saya mengharapkan anda bersabar dan tidak mudah keliru dengan permainan politik jijik ini,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");