Berita Hari Ini

Hadi lawat gereja di Miri, bertukar-tukar fikiran

SHAH ALAM – Dalam usaha mendekatkan percambahan minda di antara agama Islam dan Kristian, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengadakan lawatan ke Gereja Anglikan St Columba di Miri, Sarawak.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalannya, DatukTuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

“Naib Pengerusi Majlis Gereja, Augustine, Rev. Father, Alfred dan Bishop Warden, Edwin Dundang mengalu-alukan kehadiran rombongan dan amat gembira dengan lawatan tersebut.

“Perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik dan ia bertujuan mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk khususnya di Sarawak,” katanya.

Presiden Pas dan rombongan melakukan lawatan tersebut sempena program Pas Sarawak di Miri iaitu Munaqasyah (Konvensyen) Ucapan Dasar Presiden Pas dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak).

Turut bersama dalam rombongan ialah Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili, Ketua Pemuda Pas Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo, barisan AJK Pas Pusat dan beberapa ahli Pas.

“Islam adalah agama perdamaian dan Pas sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");