Membawang Hari Ini

Hanya salah faham

Nama Ungku Ismail Ungku Aziz, 30, kian meledak selepas membintangi drama Teman Lelaki Upahan.

Biarpun kian popular dan menjadi rebutan ramai penerbit, dia tidak pernah mendabik dada sebaliknya selesa bersikap rendah diri.

Ketika ditemui baru-baru ini, Ungku Ismail mengakui terkilan apabila dituduh sombong dan besar kepala gara-gara lewat hadir ke sesi fotografi bersama sebuah majalah terkenal. Selepas insiden lewat hadir ke sesi fotografi sebuah majalah terkenal.

Jelasnya apa yang berlaku itu salah faham dan tidak menyangka ia diperbesarkan.

“Saya masih sama seperti dulu, tak ada apa yang berubah.

“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan memaklumkan akan tiba lewat dari masa ditetap­kan kerana sibuk dengan program Travelling Beruang.

“Mungkin individu itu tidak menyampaikan pesanan saya kepada yang lain. Apabila tidak tahu perkara sebenar, saya dituduh sengaja datang lambat dan mula buat hal,” katanya pada majlis pelancaran produk Bellesa baru-baru ini.

Dia yang juga duta Bellesa berkata, ketika sampai ke lokasi fotografi dia bersikap seperti biasa dan meneruskan kerja secara profesional.

Pun begitu, mungkin ada yang menganggapnya sombong kerana tidak banyak bercakap.

“Saya lebih banyak memerhati daripada bercakap. Jika baru kenal, orang akan ingat saya sombong padahal itulah karakter saya daripada dulu.

“Diam tak bermakna saya sombong,” katanya.

Mengulas pelantikannya sebagai duta produk kolagen itu, Ungku Ismail berkata, sebelum menerima tawaran itu dia mencubanya terlebih dulu.
Baginya penting untuk melihat hasil produk itu sebelum mempromosikannya kepada orang lain.

“Saya bukan orang yang suka-suka hendak pamer wajah untuk melariskan produk.

“Apabila ditawarkan menjadi duta, penting bagi saya mencuba dulu dan jika terbukti keberkesanannya barulah saya terima.

“Saya turut menerima tawaran produk kolagen ini bagi membuktikan kecantikan tidak hanya untuk wanita, lelaki juga perlu ambil berat.
“Lelaki juga bagus ambil kolagen untuk kecantikan luaran dan dalaman,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier, Ungku Ismail baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem Jubah Untuk Airin yang akan bersiaran di RTM.

Dia juga rancak melakukan persiapan teater muzikal Mok Cun yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada November depan.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85643#sthash.hl3jRslC.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");