Membawang Hari Ini

Huraian Da’i Fuad disifatkan terbaik

Hampir tujuh minggu bersiaran, Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga memasuki pusingan suku akhir, Ahad lalu.

Hanya tinggal empat peserta daripada kumpulan Ar-Rijaal dan An-Nisaa’ iaitu Da’i Luqman, Da’i Fuad, Da’i Hamidah dan Da’i Hidayu, persaingan menjadi lebih sengit apabila mereka perlu merebut tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung minggu hadapan.

Anak didik Murabbi Ustaz Elias Ismail dan Ustazah Dr Robiah K Hamzah yang lebih mesra disapa Umi ini sekali lagi perlu menyampaikan tazkirah pendek yang diiringi muzik akustik oleh kumpulan UNIC serta The Muhibbain dengan tema kekeluargaan.

Selesai selawat dialun pada pembukaan rancangan, Da’i Hidayu memulakan langkah menyampaikan dakwahnya berjudul Kerana Pusaka.

Penyampaian Hidayu dikritik kurang dekat dengan masyarakat dan tip yang dikongsi kurang menyengat dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan pusaka.

Perkara itu dibangkitkan Ustaz Harryanto yang mahukan huraian yang mantap daripada peserta Da’i.

Da’i Luqman meneruskan dakwah dengan me­nyentuh soal amanah terhadap anak tiri.

Semua juri meletakkan harapan tinggi terhadap penyampaian Luqman kali ini. Gaya yang ringan dan bersahaja menjadikan dirinya mudah disukai.

Namun pendekatan yang diguna pakai Luqman dipersoal malah Ustaz Kazim selaku mursyid turut meluahkan rasa kecewa.

Ia sekali gus meletakkan Luqman di tangga terakhir dan hampir tersingkir. Namun Ustaz Kazim memberikan peluang kedua dengan membenarkan Luqman menjawab soalan secara rawak daripada penonton di studio.

Luqman yang menjawab persoalan mengenai solat sunat Dhuha diberikan kesempatan mara ke separuh akhir.

Malam itu menyaksikan penyampaian cemerlang topik Di Ambang Mukallaf oleh Da’i Fuad.

Huraian tepat dan bertenaganya mendapat pujian juri dan disifatkan sebagai terbaik.

Tidak ketinggalan Da’i Hamidah yang tenang mengulas soal hubungan antara mentua dan menantu perempuan.

Persembahan peserta diadili Ustaz Syarhan Safie dan Ustaz Harryanto Rizal Rokman sebagai juri tetap manakala Ustaz Mohamad Zarifi Mohd Daud tampil sebagi juri jemputan.

Ketiga-tiga juri mewakili 70 peratus markah keseluruhan manakala 20 peratus lagi diperoleh daripada juri awam yang diketuai Pengarah Urusan D’Herbs Holding Sdn Bhd selaku penaja utama iaitu Datuk Aliff Syukri.

Manakala 10 peratus lagi terletak di tangan penonton melalui undian Taswit.

Turut serta menjadi juri awam pada episod kali ini ialah Hafreez Adam, Shamsul Ghau Ghau, Azrel Ismail, Da’i Izzhar, Zainab Othman dan Ummi Nazeera.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");