Panasnya Hari Ini

Isu 1MDB Punca Saifuddin Keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Tindakan Bekas Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah untuk keluar dari parti UMNO adalah kerana Putrajaya mengendalikan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurut laporan The Malaysian Insider, dua punca utama yang menyebabkan Saifuddin keluar dari parti pemerintah itu adalah kerana kurangnya kesungguhan untuk melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan polisi.

“Cara kita berurusan dengan 1MDB dan isu RM2.6 bilion,” katanya ketika ditanya mengapa beliau telah meninggalkan Umno.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional dan UMNO tidak membincangkan secara menyeluruh pada perubahan politik dan pembaharuan institusi.

Saifuddin menyatakan hal ini menyebakan beliau berasa tidak layak untuk terus berada dalam UMNO.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan kemasukan bekas Timbalan tinggi Menteri Pelajaran ke dalam parti itu manakala Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali secara rasmi meletakkan pin PKR pada baju poket Saifuddin.

Syarikat firma kewangan hasil idea Datuk Seri Najib Razak berdepan pelbagai masalah dan isu RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaunya menjadi isu sensasi apabila beliau menyatakan wang itu diberi oleh penderma dari Timur Tengah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan wang itu adalah sumbangan politik dan Najib menafikan wang itu digunakan untuk tujuan peribadi.

Walaupun terdapat banyak parti yang mempunyai platform pelbagai kaum, Saifuddin menyatakan hatinya tertarik dengan PKR.

Beliau juga menambah parti pembangkang berkongsi matlamat dan cita-cita yang sama dalam perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh ini juga melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang mana jawatan ini diberi Najib kepadanya.

“Saya telah menghubungi Pengerusi saya yang kini berada di luar negara. Apabila dia kembali, saya akan berjumpa beliau untuk meletak jawatan,” ujar beliau yang merujuk kepada Tan Sri Razali Ismail.

Dalam pada itu, Wan Azizah menyatakan kemasukan Saifuddin dalam PKR mampu menyuntik semangat ahli-ahli lain dan memperkukuhkan parti itu.

Wan Azizah juga berharap pengalaman luas Saifuddin dalam kerjasama masyarakat sivil akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongon muda dalam parti itu.

“Saya yakin beliau boleh memainkan peranan strategik dalam Pakatan untuk datang dengan idea-idea baru buat rakyat Malaysia,” katanya.

Saifuddin, 54 yang juga bekas Ahli majlis Tertinggi UMNO, telah dilantik sebagai timbalan menteri di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau adalah ahli UMNO yang progresif dan kritikannya sering kali menimbulkan perselisihan faham dengan rakan-rakannya yang lain.

Walaupun beliau popular di kalangan masyarakat bandar, beliau kehilangan kerusinya yang kini dimiliki oleh PAS, Nasrudin Hassan dalam pilihanraya 2013.

Kekalahan itu membuatkan beliau lebih aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan, memberi ceramah dan menghadiri forum lantaran jawatannya sebagai Ketua Akademi Belia dalam GMM.

Walaupun UMNO telah memberi surat tunjuk sebab atas tindakan Saifuddin menghadiri rundingan meja bulat para pembangkang pada 22 September lalu, beliau mengetepikan amaran tersebut dan menyatakan tindakannya itu adalah atas kapasiti wakil GMM dan tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Saifuddin yang mempersoalkan tindakan UMNO dalam balasan surat tunjuk sebabnya turut mendapat perhatian daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Adnan Mansor yang menggelarnya gila.

– Foto: The Malaysian Insider

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");