Panasnya Hari Ini

Isu Derma, Kes Khir Toyo Ada Persamaan – Kadir Jasin

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran Negara, Datuk Abd Kadir Jasin menyifatkan kes yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dengan isu ‘derma’ RM2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai persamaan.

Menerusi blognya, kadirjasin.blogspot.com, beliau berkata, kesabitan Dr Khir akan memberi kesan psikologi yang positif kepada rakyat dimana tidak ada sesiapa pun berada di atas daripada undang-undang.

“Kesabitan kes Dr Khir memberi makna yang istimewa dan tersendiri dalam kaitan dengan penyiasatan dalam Negara dan antarabangsa membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri.

“Ada beberapa persamaan di antara kes rasuah Dr Khir dengan ‘derma’ RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib, khususnya alasan politik dan dakwaan rakyat jelata tidak rugi apa-apa,”katanya.

Jelasnya lagi, Dr Khir menafikan penglibatannya dalam kes rasuah, manakala Najib terus berdiam diri dan hanya penyokongnya sahaja yang mendakwa wang itu adalah derma dari Negara Arab.

“Tidak seperti Dr Khir yang menafikan keterlibatannya, Najib terus berdiam diri malah tidak menafikan kewujudan akaun peribadi RM2.6 bilion itu sebaliknya para penyokong beliau mendakwa wang itu adalah ‘derma’ daripada seorang dermawan misteri Arab.

“Para peguam Najib juga masih berdolak dalik mengenai ancaman saman terhadap Wall Street Journal kerana mendedahkan hal itu walaupun telah mengeluarkan ancaman itu hampir tiga bulan lalu (8 Julai),”ujarnya.

Tambah Abd Kadir lagi,dengan pemenjaraan Dr Khir, ianya akan membimbangkan individu-individu yang terlibat dengan skandal 1MDB.

“Pemenjaraan Dr Khir pastinya meningkatkan tahap kebimbangan mereka yang terbabit atau dikaitkan dengan skandal 1MDB dan tabung peribadi Najib.

Terdahulu, Dr Mohamad Khir telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan setelah didapati bersalah atas kesalahan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam yang bernilai RM6.5 juta dan harga RM3.5 juta pada tahun 2007.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");