Sukan Hari Ini

Itali kirim pesanan kepada pesaing

PERANCANG tengah Itali, Alessandro Florenzi menegaskan bahawa The Azzurri sudah mengirim peringatan kepada pesaing lain selepas mereka melayakkan diri ke saingan Euro 2016.

Itali mengesahkan tiket ke Perancis selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Norway sekali gus menerajui Kumpulan H dengan 24 mata.

“Kami tidak boleh kalah dan tidak mahu untuk berdepan kekalahan. Kami mempunyai sejarah yang cukup hebat.

“Pesanan ini ditujukan kepada semua pesaing lain di Perancis nanti,” katanya.

Selain menjelaskan bahawa Itali kini bertambah baik, pemain AS Roma itu mengakui pasukannya berdepan kesulitan pada awal saingan Kelayakan Euro 2016.

“Apabila anda mempunyai cita-cita, kesulitan itu perlu diatasi,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");