Membawang Hari Ini

Izreen Azminda terus istiqamah

NAMA aktres ini mungkin sudah tidak asing lagi dalam industri seni tanah air terutama bidang lakonan.

Sikapnya yang peramah serta mudah bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk rakan artis lelaki menjadikannya sering di himpit gosip-gosip liar.

Bagaimanapun, itu kisah dulu. Kini sejak berhijab, Izreen semakin menjaga pergaulannya agar seiring dengan penghijrahan yang berlaku pada dirinya. Akui Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam juga, sempena Awal Muharam ini dia mahu terus istiqamah dengan penghijrahannya bertudung di samping mendapat motivasi untuk melangkah ke arah kesempurnaan menjadi seorang Muslim sejati.

Menurutnya, sememangnya dirinya kini sudah berhijab, namun ada lagi kekurangan yang mahu diperbaiki.

“Kesempurnaan itu lebih terarah kepada langkah memperbaiki cara pemakaiannya dan pergaulannya termasuk kehidupan sehariannya.

“Jika sebelum ini, walaupun sudah berhijab, ada kalanya pakaian itu masih lagi tidak sesuai dengan imej bertudung, justeru itu yang akan saya lakukan sedikit demi sedikit,” katanya kepada ZASS.

Selain azam pada luaran dirinya, pelakon Eksperimen Cinta ini juga berazam untuk memulakan kehidupan barunya dengan mengelak untuk terpalit dengan segala kontroversi atau cerita kurang enak terhadap dirinya.

“Sebelum ini mungkin banyak kontroversi melanda diri saya dan kali ini saya mahu mengelakkan semua itu daripada berlaku lagi agar seiring dengan penampilan kini,” katanya.

Berkongsi pula batasannya dalam menerima tawaran berlakon, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu, sejak bertudung dia agak selektif dalam memilih watak.

“Memang tawaran berlakon masih lagi saya terima kerana itu memang kerjaya saya yang saya tidak akan lepaskan walaupun telah berhijab.

“Dan kebanyakan lakonan saya, secara perlahan saya sudah mengurangkan adegan bersentuhan seperti berpegangan dan berpelukan.

“Pengarah juga faham dan setiap watak itu boleh diubah mengikut diri kita asalkan penceritaannya tidak lari,” katanya yang juga sudah memperlahankan penampilannya.

Lancar jenama sendiri

Sebagai selebriti, tidak selalunya namanya akan berada di atas pentas lakonan bersama pelakon popular lain, justeru itu, Izreen juga mengikuti langkah rakan artis lain untuk menceburi bidang perniagaan.

“Saya kini sedang sibuk untuk melancarkan perniagaan baju dan tudung jenama sendiri iaitu Polka Ribbon yang berkemungkinan akan dilancarkan tahun ini juga.

“Baju dan tudung yang saya akan jual semuanya sesuai untuk sesiapa sahaja. Baju adalah yang menutup aurat kerana sesuai dipakai oleh mereka yang memakai tudung dan juga tidak.

“Semoga dengan adanya perniagaan ini, menjadi pengaruh kepada peminat saya untuk turut sama berhijrah kepada bertudung dan menjadi lebih baik,” katanya.

Berkongsi sedikit perihal peribadinya, Izreen akui dia kini selesa hidup bersendirian.

“Saya lebih fokus pada kerjaya dan anak. Rasanya kini saya tidak memerlukan cinta seorang lelaki. Saya lebih selesa begini buat masa ini.

“Bukan bermakna tidak mahu berkahwin selagi, tetapi buat masa ini, ini yang terbaik pada saya,” katanya.

Selain perubahan dirinya, Izreen turut memberi pendidikan yang seimbang kepada anak tunggalnya, Muhammad Adrian Umar Muhamad Riza, yang berusia dua tahun.

“Alhamdulillah memang saya ajar juga asas agama seperti doa dan sebutan ALLAH kepada anak. Memang saya mahu dia menjadi seorang anak yang soleh.

“Sekarang dia sudah pandai sebut ALLAH, dan akan menunjukkan isyarat berdoa jika mahu makan dan tidur.

“Itu satu perubahan dan perkembangan yang positif bagi saya sebagai ibunya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");