Sukan Hari Ini

‘Jadikan iktibar semua pihak’

PENGENDALI sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan hukuman yang dijatuhkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan insiden kekecohan semasa perlawanan menentang Arab Saudi 8 September lalu agak berat perlu dijadikan iktibar semua pihak.

Ujarnya, hukuman yang dikenakan terutamanya beraksi satu perlawanan tanpa penyokong di tempat sendiri menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 17 November nanti akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.

“Penyokong memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan, jadi hukuman ini agak berat bagi saya tetapi saya mahu ia dijadikan iktibar semua pihak.

“Saya juga percaya pengurusan akan membuat rayuan mengenai hukuman yang dikenakan ini,” katanya ditemui sebelum seisi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, semalam.

Menerusi laman web Fifa, FAM dikenakan denda RM180,000, amaran dan satu perlawanan beraksi tanpa penyokong susulan insiden kekecohan semasa perlawanan menentang Arab Saudi di pada 8 September lalu.

Fifa juga memutuskan Arab Saudi diberikan kemenangan 3-0 ke atas Malaysia dalam aksi Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam itu.

Mengulas keputusan Fifa memberikan kemenangan 3-0 ke atas Arab Saudi, Kim Swee ternyata kecewa kerana kehilangan satu gol yang dijaringkan ketua pasukan Safiq Rahim.

“Kalah memang tetap kalah, tapi kita telah kehilangan satu gol yang akan memainkan peranan pada penghujung perlawanan peringkat kumpulan nanti,” ujarnya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");