Sukan Hari Ini

Jangan gagal EURO 2016 : Hart

London: “Biarpun layak kami mahu menang ke atas Estonia dan Lithuania. Kami akan berdepan ujian lebih sukar menentang negara Eropah lain selepas ini dan mengintai peluang menjuarai kejohanan,” kata penjaga gawang England, Joe Hart.

England mesti melengkapkan 10 kemenangan daripada 10 perlawanan kelayakan mengatasi Estonia esok dan Lithuania (Isnin) sebelum menentang Perancis, Sepanyol dan Jerman pada persahabatan menjelang EURO 2016 di Perancis.

Berdasarkan pengalaman – kegagalan England dalam kriket dan ragbi Piala Dunia, Hart berkata sesiapa saja boleh bercakap.

“Cabaran sekarang mengubah tindakan kepada kejayaan. Kami ke sana untuk menang,” katanya.

“Keputusan terbaik kelayakan berjaya dilakukan banyak kali. Apa kami mahu beraksi dengan baik dalam kejohanan EURO”.

Selain England tiga negara layak adalah Republik Czech, Austria dan Iceland termasuk tuan rumah Perancis. 32 pasukan lagi memburu 19 tempat pada dua baki perlawanan pusingan kelayakan. – Express

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");