Panasnya Hari Ini

Jangan Keluar Kenyataan Tidak Bijak- Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO  hari ini tampil menegur para anggota kabinet supaya tidak bertindak mengeluarkan kenyataan yang tidak bijak bagi menggelakkan ia mencetuskan kemarahan rakyat.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata kenyataan mengenai pelbagai isu terutamanya kenaikan harga tol perlu disampaikan dengan penerangan yang berkesan.

Teguran itu merujuk kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof yang didakwanya berulang kali meminta pengguna mencari jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol.

“Lebih bagus, kita jangan keluarkan jawapan seperti kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam, kalau masakan hostel mahal, masak sendiri dan kalau harga tol mahal, jangan guna jalan tol.

Tidak boleh begitu jawapannya Datuk,” ujarnya dalam satu forum di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein hari ini

Terdahulu, Fadilah menjelaskan bahawa pemandu tiada cara lain tetapi untuk mengambil laluan alternatif jika merasakan kadar baru tol yang dikenakan adalah tinggi ketika sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

“Saya melihat semua jalan ini ada jalan alternatif, cuma alternatif itu orang tidak tahu. Sebab itu kita kena tengok smart travel, kalau betul tidak ada (laluan alternatif) beritahu saya,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");