Isu Panas

Janji nak selesai, tapi tak selesai juga

KUALA LUMPUR – Kenaikan kadar tol yang bermula esok membuktikan bahawa janji kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat tidak berlaku sepertimana yang dikatakan, bidas Ahli Parlimen Pas dari Pasir Mas, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz.

Tindakan itu kata Nik Abduh menunjukkan bahawa kerajaan sekarang, seolah-olah hilang tangan untuk menangani isu ekonomi dalam negara.

“Semua benda naik dan janji kerajaan, GST ke apa akan dapat membantu kehidupan semua adalah bohong, jadi rakyat kena sedar bahawa kenaikan hari ini tidak berakhir dan ia akan terus naik.

“Kerajaan dah berapa kali janji untuk selesaikan isu tol tapi pada hujungnya adalah naik, naik hari ini tidak akan berakhir ia akan naik lagi, oleh itu apa yang kita harap adalah rakyat kena sedar bahawa inilah masanya kita kena tolak kerajaan BN, ” katanya kepada Sinar Online, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: DPPWP: ‘Sudah banyak kenaikan, sekarang tol pula?’]

Kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan bermula esok. Penyelarasan kadar tol itu hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar dan tidak melibatkan lebuh raya antara bandar.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan berkata, kerajaan telah menangguhkan kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya yang layak mendapat kenaikan sejak tahun 2008 sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Menurut kenyataan, kerajaan telah membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terlibat sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.

Sementara itu, ketika menyentuh mengenai tindak-tanduk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sesetengah pihak mengikut cara pembangkang, Nik Abduh berkata, Dr Mahathir sama sekali tidak akan membuat kerja yang menyokong pembangkang.

“Itu krisis dalaman Umno dan bagaimana Umno nak tangani kita serah pada dia, tugas Pas adalah meyakinkan rakyat bahawa Pas sedia untuk ganti BN, kita cuba lakukan terbaik untuk bina balik Pas dan kita cuba pastikan bahawa kita masuk pilihan raya dalam keadaan kita memberi alternatif terbaik pada rakyat.

“Tun M , buat walaupun nampak menguntungkan pembangkang tapi tak mungkin Tun M buat untuk bantu pembangkang jadi sekarang adalah proses Umno selesaikan isu mereka. Pas tumpu pada kekuatan sendiri,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");