Berita Hari Ini

Jerebu: Bantu Indonesia bukan salahkan

Kuala Lumpur : Malaysia tidak akan beri tekanan kepada Indonesia berhubung isu jerebu berikutan negara jiran itu sudah menunjukkan komitmen tinggi untuk mengatasi masalah berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata adalah tidak adil untuk menyalahkan Indonesia berikutan sudah melakukan segala yang termampu untuk mengatasi jerebu.

Katanya, pemimpin negara berkenaan juga sudah meminta bantuan semua negara jiran untuk berganding bahu mengatasi masalah itu.

“Tidak adil untuk kita menyalahkan Indonesia sebaliknya perlu membantu mengatasi masalah jerebu rentas sempadan ini,” katanya pada sidang media selepas memberi ucaptama pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya bertajuk Bersatu Menentang Keganasan: Kerjasama Rentas Sempadan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Zahid berkata, secara peribadi beliau juga sudah mencadangkan cara mengatasi masalah bakar dan tebang oleh peladang kepada pemimpin negara jiran itu.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87240#sthash.0ZfZY7x0.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");