Perak Hari Ini

Jerebu: IPU Di Perak Catat Bacaan Sederhana

IPOH: Setakat jam 10 pagi tadi, kesemua lima stesen pemantauan udara di Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Menerusi laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga jam 10 pagi tadi, SK Jalan Pegoh di sini mencatatkan bacaan IPU sebanyak 72.

Sementara itu bagi bacaan udara di kawasan Kampung. Air Putih Taiping pula mencatatkan bacaan IPU sebanyak 66 iaitu pada tahap sederhana.

Manakala bagi Jalan Tasek, Ipoh (62); Seri Manjung (90) dan bagi kawasan Tanjung Malim pula mencatatkan bacaan (62).

Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), amat tidak sihat (201-300) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status jerebu di Perak dan negeri-negeri lain boleh melayari laman web JAS di apims.doe.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");