Perak Hari Ini

Jerebu: Lima Stesen di Perak Catat Bacaan IPU Sederhana

IPOH: Lima stesen pemantauan udara di Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana sehingga jam 10 pagi, hari ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan berkenaan masih merekodkan bacaan di bawah 100.

Jalan Tasek Ipoh mencatatkan bacaan 69, manakala Jalan Pegoh Ipoh (85) dan Tanjung Malim (52).

Namun begitu, dua stesen di negeri ini merekodkan bacaan IPU yang agak tinggi meskipun masih berada dalam lingkungan sederhana iaitu Kampung Air Putih Taiping (91) dan Seri Manjung (100).

Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), amat tidak sihat (201-300) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai status jerebu di Perak dan negeri-negeri lain boleh melayari laman web JAS di apims.doe.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");