Perak Hari Ini

Jerebu: Satu Kawasan Di Perak Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

IPOH: Setakat jam 11 pagi tadi, satu stesen pemantauan udara di Perak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menerusi laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga jam 11 pagi tadi, Jalan Pegoh di sini mencatatkan bacaan IPU sebanyak 122.

Namun, bagi empat kawasan lain di negeri itu pula mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Kg. Air Putih, Taiping mencatatkan bacaan 100, S K Jalan Pegoh, Ipoh (93); Jalan Tasek, Ipoh (85) dan Tanjung Malim (84).

Bacaan IPU 0-50 merujuk kepada kadar kualiti udara yang baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), amat tidak sihat (201-300) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status jerebu di Perak dan negeri-negeri lain boleh melayari laman web JAS di apims.doe.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");