Sukan Hari Ini

Jin Wei kembali bersemangat

KEJAYAAN muncul juara Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Vietnam 2015, Ahad lalu bakal menjadi tonik terbaik buat pemain wanita perseorangan negara, Goh Jin Wei menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Peru, November depan.

Menurut Jin Wei, kejayaan itu menaikkan semangatnya tambahan lagi apabila dia bertekad mencipta kejutan di pentas berkenaan.

“Saya gembira kemenangan ini, sudah tentu menaikkan semangat saya untuk melakukan terbaik pada masa depan,” katanya ketika dihubungi.

Pada perlawanan akhir itu, Jin Wei hanya mengambil masa 27 minit untuk menewaskan pemain Taiwan, Chen Su Yu, 21-9, 21-13.

Lebih manis, kejayaan itu hadir dalam masa sebulan selepas muncul juara Kejohanan Antarabangsa Belgium, bulan lalu.

Pemenang gangsa Kejohanan Remaja Asia dan Sukan Sea 2015 Singapura menganggap kejayaan itu kenangan bermakna dalam kariernya.

“Kemenangan ini saya hadiahkan kepada jurulatih, keluarga, rakan sepasukan dan semua penyokong saya.

“Ia kejuaraan kedua saya di peringkat antarabangsa dalam masa sebulan selepas memenangi Kejohanan Antarabangsa Belgium, jadi sudah tentu ia amat manis,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");