Sukan Hari Ini

Jom sertai bola sepak perpaduan B-12!

Petaling Jaya: Kelab Sukan SportsUnite dan Pusat Sukan NPNG meneruskan legasi meningkatkan martabat bola sepak negara peringkat akar umbi dengan menganjurkan Karnival Bola Sepak Perpaduan 7 sepasukan B-12 bertemakan Samba Bola bagi merebut Piala Tan Sri Mustapha Kamal.

Program akan berlangsung pada 8 November depan di padang tiruan NPNG Sports Centre, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Datuk Dina Rizal berkata kejohanan bermatlamat mengenang jasa tokoh korporat terkenal dan ikon sukan negara yang banyak menyumbang kepada pembangunan bola sepak untuk negara khasnya di peringkat remaja dan akar umbi.

Karnival ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak dan ibubapa berbilang kaum berinteraksi dan memupuk semangat perpaduan semasa bertandingan dengan semangat kesukanan.

“Kami berterima kasih kepada Milo, Revive dan Figos memberi komitmen seratus peratus dalam menjayakan acara ini dengan harapan kanak-kanak berbilang kaum akan ceria bertanding dan rasai kenangan manis serta sokongan padu dari ibu bapa,” katanya.

Yuran penyertaan serendah RM50 dan terbuka kepada 24 pasukan sahaja. Bagi mengelak limpahan penyertaan pendekatan ‘siapa cepat dia dapat’ digunakan.

Syarat utama setiap pasukan mesti menurunkan dua pemain berlainan kaum setiap kali beraksi. Pasukan gagal mematuhi syarat ini akan dibatalkan penyertaan mereka. Lapan pasukan terbaik akan menerima pingat dan barangan penaja.

Maklumat lanjut boleh menghubungi Nik Muhd Radzi ditalian 019-2008844. Borang penyertaan boleh di muat turun di facebook.com/sportsunite.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");