Sukan Hari Ini

Juergen Klopp semakin hampir ke Anfield

LIVERPOOL: Juergen Klopp dilaporkan hampir pasti untuk menjadi pengurus Liverpool apabila wakilnya kini sedang berunding dengan pengurusan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu disebut-sebut antara dua calon untuk menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat Ahad lalu selepas prestasi terumbang-ambing selama 18 bulan sejak hampir memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2014.

Liverpool dikatakan akan melakukan pelantikan baharu pengurusnya menjelang hujung minggu ini.

Perlawanan seterusnya Liverpool akan menentang Tottenham pada 17 Oktober.

Jurulatih berusia 48 tahun itu tidak berkhidmat di mana-mana kelab sejak meninggalkan Dortmund hujung musim lalu selepas memenangi dua kejuaraan Liga Jerman.

Klopp juga antara jurulatih yang amat dihormati dalam arena bola sepak Eropah.

Bekas jurulatih Real Madrid dan juga Chelsea, Carlo Ancelotti juga dikatakan antara calon yang dipertimbangkan untuk menggantikan Rodgers.

Bercakap kepada Associated Press semalam, Ancelotti berkata dia sedia untuk kembali semula sebagai pengurus sepenuh masa dan memikirkan untuk tempoh masa panjang mulai musim depan. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");