Jenayah

Jumpa bayi masih bertali pusat di stor

Kuala Lumpur: Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di dalam stor menyimpan barang di sebuah restoran di Jalan Alor, di sini, awal pagi tadi.

Bayi itu yang dipercayai dibuang ibunya ditemui pada 1.57 pagi oleh pekerja restoran terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, pekerja restoran itu mendengar bunyi tangisan ketika mengambil barang di stor berkenaan.

“Pekerja terbabit mengambil bayi itu sebelum mamaklumkannya kepada polis.

“Bayi itu kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan dalam keadaan stabil.

“Polis berusaha mengesan ibu bayi itu dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");