Panasnya Hari Ini

Kadar GST Tidak Akan Berkurang, Kekal 6%

KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan terus kekal pada kadar enam peratus dan Kerajaan tidak akan mengambil langkah untuk mengurangkan atau mengkaji semula kadar tersebut.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan beberapa faktor tertentu seperti kutipan hasil daripada cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang telah dimansuhkan adalah penyebab kadar enam peratus ini ditetapkan.

“Buat masa sekarang kerjaan tidak berhasrat unutk mengakji semula kadar GST yang pada masa ini telah ditetapkan pada kadar enam peratus.

“Kadar GST enam peratus yang telah ditetapkan in telah mengambil kira beberapa faktor tertentu termasuk kutipan hasil daripada SST yang telah dimansuhkan,”, ujarnya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menyatakan GST yang dilaksanakan adalah bersifat progresif dengan kadar yang lebih rendah berbanding SST iaitu sebanyak 10 peratus, dan struktur cukai baru ini telah mengambil kira kedudukan rakyat.

Kenyataan itu di buat Najib apabila Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mahukan penjelasan dalam langkah membendung inflasi, adakah kementerian kewangan bersetuju untuk mengurangkan kadar GST kepada empat peratus.

Terdahulu, satu gesaan agar kadar GST sebanyak enam peratus diturunkan kepada tiga peratus melalui Bajet 2016 telah dibuat aktivis masyarakat, Tan Sri Lee lam Thye, yang mahu Kerajaan meringankan beban rakyat.

FOTO – Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");