Jenayah

‘Kami ikut abang angkat’

Melaka: Dua kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan enam tahun ditahan pihak berkuasa di padang Dataran Pahlawan, di sini, awal pagi semalam kerana didapati melepak dengan sekumpulan remaja.

Mereka ditahan jam 3.30 pagi dalam operasi dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Kementerian Kesihatan dan Jabatan Imigresen Melaka (JIM).

Setiausaha MBMB Mohd Derus Che Mat berkata, kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu bapa mereka yang datang ke Dataran Pahlawan, di sini.

Menurutnya, ketika disoal, kanak-kanak terbabit memberitahu mereka mengikut abang angkat berusia 12 tahun.

Mohd Derus berkata, pihaknya turut mengeluarkan saman ke atas lima premis hiburan kerana beroperasi tanpa lesen serta menjual minuman keras tanpa lesen.

“Kami turut menyita dua pengadun bunyi di dua premis sekitar Taman Melaka Raya kerana beroperasi selepas lesen perniagaan tamat tempoh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam operasi sama, JAIM menahan tiga pasangan beragama Islam yang bersekedudukan di sebuah hotel di Jalan Tun Ali kira-kira jam 4 pagi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");