Jenayah

Kekasih suami mati dibelasah

Subang Jaya: Tidak dapat menahan cemburu menyebabkan wanita berusia 33 tahun membelasah teman wanita suaminya hingga mati.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, mangsa yang juga warga Vietnam dipercayai dipukul di rumah suspek di USJ 13, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila suami suspek berhasrat membawa pulang mangsa ke rumah.

Menurutnya, kenderaan dinaiki mereka mengalami kerosakan di Lebuhraya Kesas sebelum lelaki itu menghubungi suspek bagi mendapatkan bantuan.

“Suspek mengambil suaminya dan mangsa di lebuh raya itu sebelum dibawa pulang ke rumah.

“Sebaik sampai di rumah, suspek dikatakan bergaduh dengan mangsa yang dituduh merampas suaminya,” katanya.

“Suami suspek menyedari mangsa yang tidak sedarkan diri jam 6 pagi menghantarnya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan kecemasan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia dan mempunyai kesan lebam di leher, belakang telinga, kaki serta kedua-dua tangan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");