Panasnya Hari Ini

Kemelut 1MDB: Azmin Mahu Gesaan Raja-Raja Melayu Diambil Serius Pihak Kerajaan

KUALA LUMPUR: Kenyataan Raja-Raja Melayu berkenaan isu 1MDB telah mendapat pelbagai respon daripada banyak pihak.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyatakan sokongan beliau berhubung kenyataan tersebut dan menggesa supaya Putrajaya ( Kerajaan) mengambil serius berkenaan hal ini.

Memetik laporan The Malaysian Insider, beliau menegaskan kenyataan Raja-Raja Melayu itu penting kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat dan kerajaan Selangor mengambil serius hal itu.

“Kami berpandangan bukan sahaja pemimpin tapi seluruh negara patut mengalu-alukan dan mengambil serius pandangan yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut,” ujar beliau.

Menurut beliau, jawatan pengerusi lembaga penasihat 1MDB yang dipegang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuatkan orang ramai bimbang dengan kemelut syarikat sarat hutang itu dan ianya senada dengan kenyatan raja-raja Melayu.

Beliau juga menyatakan jika isu ini masih berpanjangan dan tidak diselesaikan segera, ekonomi negara akan terancam dan memberi kesan kepada masa depan orang ramai.

“Ini pada masa sama juga dapat mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” ujar Azmin.

Foto- The Malaysian Insider

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");