Jenayah

Kena penjara pun masih senyum

KOTA BHARU: Seorang buruh masih mampu tersenyum walaupun dikenakan hukuman penjara 10 tahun kerana kesalahan merogol kenalan bawah umur di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamad Afiz Mohd Nor, 20, dihukum selepas mengaku salah tiga kali merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun 9 bulan.

Kejadian perama berlaku pada 16 Jun lalu jam 3 pagi, kedua pada jam 4 pagi dan terakhir pada jam 6.30 pagi, hari sama.

Mangsa pada jam 2 pagi sebelumnya, keluar dari rumah ibu tiri di Berek Polis di Machang dan berjumpa dengan tertuduh yang datang dengan menaiki motosikal sebelum mangsa dibawa ke rumah keluarganya di Taman Hidayah.

Mangsa yang baharu dikenali itu kemudiannya diajak ke dalam bilik kerana bimbang disedari ahli keluarga yang sedang tidur.

Mangsa diberikan pakaian untuk ditukar dan mula memeluk cium serta seterusnya merogol mangsa.

Tertuduh kemudian tertidur sebelum mengejutkan mangsa sejam selepas itu dan merogol remaja itu serta sekali lagi tertidur. Selepas tertuduh balik dari menghantar adiknya ke sekolah, dia merogol mangsa buat kali ketiga.

Mangsa dibiar di dalam bilik tersebut sehingga jam 2.15 petang dan dihantar pulang ke rumah oleh tertuduh.

Kejadian itu dirahsiakan sehingga sampai ke pengetahuan keluarga mangsa yang kemudian membuat laporan polis.

Pada prosiding semalam, laporan sosial menggambarkan tertuduh dari keluarga yang terurus dari segi kebersihan di dalam rumah. Ibu bapanya juga menyatakan tertuduh seorang anak yang baik. Bapanya tidak bekerja kerana masalah kesihatan dan ibu pula mencari pendapatan sebagai pencucuk sate.

Laporan turut menyatakan tertuduh berhenti sekolah di tingkatan satu dan tertuduh pernah bekerja sebagai pencucuk sate dan banyak melakukan kerja-kerja pertukangan rumah.

Selesai laporan dibacakan, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan dikuatkuasakan secara serentak, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali memohon hukuman berat dengan mengambil kira umur mangsa yang masih muda.

“Mohon hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat serta menyampaikan mesej bahawa mahkamah memandang serius kes seumpama ini yang semakin berleluasa,” katanya.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian memutuskan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan berkuat kuasa serentak tarikh tertuduh ditahan pada 15 Julai lalu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");