Panasnya Hari Ini

Kerajaan Ambil Maklum Titah Raja-Raja Melayu-TPM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa pihak Kerajaan sentiasa menjunjung kasih dan mengambil maklum intipati disampaikan menerusi Titah Majlis Raja-Raja.

Ujarnya tindakan itu jelas menunjukkan bahawa prinsip Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malasia tiada berpisah.

“Kerajaan komited dalam mendukung sistem pemisahan Kuasa (separation of power), justeru setiap organ kerajaan perlulah dibenarkan berfungsi seperti yang dijelaskan dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.

“Ini termasuklah peruntukan berkenaan Kuasa-Kuasa yang tersurat dan tersirat Majlis Raja-Raja,” katanya.

Tambahnya lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Ketua Pentadbiran Kerajaan dan Anggota Kabinet yang lain juga sepenuhnya mendukung dan menghormati sistem Raja Berperlembagaan.

Ujarnya lagi, konsep pemisahan kuasa antara organ-organ Kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga turut didukung semua.

“Segala Titah Majlis Raja-Raja dinilai baik dan pihak Kerajaan telahpun mengambil Langkah -langkah proaktif bagi menangani isu yang dititah.

“Sememangnya Kesejahteraan rakyat dan kedaulatan undang-undang harus diberi keutamaan dalam apa jua keputusan dan kenyataan pihak semua pihak,” memetik kenyataan medianya hari ini.

Justeru itu katanya, segala siasatan akan berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, malah desakan untuk mempercepat atau melewatkan sebarang siasatan kepada mana-mana pihak tidak seharusnya berlaku.

“Namun begitu pihak Kerajaan ingin menegaskan bahawa segala maklumat tentang siasatan berkenaan Akan dilakukan secara adil dan terbuka.

“Sistem perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan adalah jelas dan jika terdapat pihak yang didapati bersalah, maka Tindakan diambil Akan undang-undang,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, pihak Kerajaan sedang dalam proses menjayakan pelan pengurangan Hutang (Debt Rationalisation) bagi syarikat 1MDB.

Pelan ini ujarnya telah disambut baik oleh pelabur dari dalam dan negara luar.

Pihak kerajaan juga tegasnya akan membentangkan pada masa terdekat segala transaksi pengurangan hutang 1MDB melalui pelaburan kepada aset syarikat tersebut.

“Pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat dan menghormati titah-titah Majlis Raja-Raja.

“Oleh itu kestabilan ekonomi negara, pemulihan nilai matawang ringgit, keharmonian antara kaum dan pengurangan kos beban hidup rakyat menjadi fokus Untuk Kerajaan.

“Segala usaha sedang dilakukan bagi memastikan isu-isu ini dapat diselesaikan pada masa terdekat,” ujar Zahid lagi.

Beliau turut menasihat mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah pihak kerajaan tidak berbuat sebarang usaha untuk mendepani semua isu yang dipolemikkan.

“Berilah kesempatan dan ruang secukupnya kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan semua permasalahan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");