Perak Hari Ini

Kerajaan Sentiasa Adil Tetapkan Harga Minyak

TAIPING: Kerajaan sentiasa berlaku adil kepada pengguna khususnya daripada segi penetapan harga minyak kerana ianya mengikut trend antarabangsa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin berkata, harga minyak di Malaysia adalah yang kedua termurah di Asia selepas Brunei dan ‘trend’ harga minyak yang digunakan di negara ini sentiasa dipantau.

“Pengumuman harga minyak bukan dilakukan oleh kerajaan, namun syarikat petroleum, kita akan kira harga yang mereka mahu dan jika adil, baru diumumkan.

“Kita akan guna beberapa kaedah dan formula untuk mengira harga yang syarikat petroleum mahu sebelum membenarkan pengumuman harga minyak,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas program ‘Sembang Santai Kepenggunaan Bersama Datuk Hamzah’ di sini, hari ini.

Hamzah menegaskan bahawa harga RON 95 seliter di Brunei adalah RM1.65 seliter, Malaysia (RM2.05); Singapura (RM6.29), Thailand (RM3.99), Filipina (RM4.76), Indonesia (RM2.86) dan Vietnam (RM3.56).

“Jadi tidak adil untuk sesiapa yang menyalahkan kerajaan kerana kerajaan telah beri harga yang paling patut kepada rakyat,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa peniaga sebenarnya memainkan peranan dalam penetapan harga sesuatu produk.

“Saya dah tanya kepada persatuan peniaga dan mereka berkata, komponen minyak bukanlah semata-mata yang menentukan harga sesuatu produk itu mahal.

“Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku yang mana antaranya faktor ‘supply chain’,” ujar beliau ketika diminta menjelaskan mengapa harga produk di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan produk tempatan.

Sementara itu, menurut beliau, harga besi di negara ini tidak mengikut indeks harga besi antarabangsa.

“Ada sesuatu perkara yang tidak kena disini. Sepatutnya harga besi antarabangsa sekarang ini turun tetapi sebaliknya berlaku di negara kita,” katanya lagi.

Hamzah menyatakan pihak KPDNKK sedang melaksanakan kajian bagi menyelesaikan masalah ini bagi membolehkan rakyat  menikmati keselesaan sebagai pengguna di seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");