Berita Hari Ini

Kesihatan Anwar: TKP Kem Kesihatan nafi ditukar

SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr S Jeyaindran menafikan khabar angin beliau ditukar ke jabatan lain.

Beliau yang bertanggungjawab mengetuai panel pakar merawat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang menjalani hukuman penjara.

Memetik laporan The Malaysia Insider, Dr Jeyaindran berkata, beliau akan melawat Anwar hari ini bagi mengetahui keadaan terkini ketua umum PKR itu.

“Tidak ada, saya masih di sini. Saya akan ke penjara untuk melawat Anwar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan beliau ditukar ke pejabat lain dan tidak lagi berperanan sebagai ketua kepada panel 17 pakar yang merawat Anwar.

Dr Jeyaindran mencetuskan kebimbangan keluarga Anwar kerana dianggap tidak profesional memandangkan beliau juga merupakan salah seorang saksi dalam kes liwat 2.

Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari.

Anwar disabitkan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, tuduhan kedua dikenakan ke atas beliau sejak dipecat dari kerajaan pada 1998.

Sebelum ini, keluarga Anwar dan peguam mendesak Putrajaya memberi rawatan segera di hospital memandangkan beliau kini menderita serta mengalami kekurangan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahu terkoyak.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");