Membawang Hari Ini

Keterbukaan Bella pikat Gjie

Sikap terbuka dan tidak cemburu buta Bella menambat hati pemain gitar utama kumpulan 6ixth Sense, Gjie, 30, atau Mohd Faiz Azizi Arlis.

Meskipun baru berusia 23 tahun, Bella atau nama sebenarnya Farah Nabila Selamat begitu memahami kerjaya Gjie sebagai pemuzik sehingga memikat hatinya untuk menyunting gadis itu sebagai isteri yang sah.

Gjie dan Bella dinikahkan di hadapan keluarga dan sanak saudara pada 15 Ogos lalu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu Gjie menyerahkan Bella mas kahwin sebanyak RM158.15, wang hantaran RM10,000 dan hantaran tujuh dulang berbalas lima yang terdiri daripada beg tangan, gopro, cincin, gelang, minyak wangi serta kasut.

Diraikan sekali lagi dalam majlis persandingan yang berlangsung di Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur Ahad lalu, pasangan ini gembira dengan kehadiran ramai rakan artis.

Antaranya 6ixth Sense, Akim & The Majistret, Stacy serta Tomok dan isteri.

Masing-masing mengambil peluang menghiburkan pengantin dan tetamu dengan lagu popular mereka.

Berkongsi kisah cintanya dengan Bella, Gjie berkata, dia sudah mengenali isterinya itu sejak empat tahun lalu.

“Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di ASWARA. Dia junior saya. Ketika itu kami hanya berkawan biasa.

“Kebetulan dia sering ikut ke mana-mana 6ixth Sense mengadakan persembahan. Sejak itu kami semakin rapat,” kata Gjie.

Jelas Gjie lagi, bertugas sebagai penulis kreatif menjadikan Bella lebih memahami waktu kerjanya yang tidak menentu.

“Sehingga kini sikapnya masih sama. Langsung tidak menunjukkan rasa cemburu jika saya perlu ke sana-sini menjayakan persembahan.

“Sikapnya itu membuatkan saya selesa dan tidak perlu bimbang. Mungkin juga kerana dia percaya dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Sibuk dengan penghasilan single 6ixth Sense yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Gjie juga baru selesai menghabiskan siri jelajah promosi album bersama Akim & The Majistret.

Justeru, kesibukan itu belum memberi peluang buat Gjie memikirkan destinasi bulan madu bersama isteri.

“Jadual saya terlalu padat. Sebulan lepas bernikah saya sibuk dengan jelajah promosi album Potret. Syukur isteri memahami dan tidak mengeluh.

“Insya-Allah jika semuanya selesai, saya dan isteri merancang berbulan madu di Bali atau Bandung, Indonesia,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");