Sukan Hari Ini

Klopp ke Anfield hari ini

Liverpool: Bakal pengurus baru masih di Jerman, pemilik berada di Amerika Syarikat dan kelab beraksi di England.

Apapun mengenainya Jurgen Klopp akan datang ke Anfield hari ini untuk sekali lagi bertemu pengurusan Kelab Bolasepak Liverpool (LFC).

Jika tiada aral melintang, tiada perubahan saat akhir dan segalanya dipersetujui bekas pengurus Borussia Dortmund berusia 48 tahun itu akan menandatangani kontrak bersama Reds pada Khamis atau Jumaat ini.

Dia memberi isyarat sedia memikul tugasan baru bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sedang bergelut itu sebelum Liverpool bertandang ke Tottenham Hotspur pada 17 Oktober.

Bekas pengurus Real Madrid dan AC Milan Carlo Ancelotti juga disebut bakal mengambil tugasan di Anfield.

Dalam perkembangan terbaru Rodgers dilihat menaiki penerbangan ke Malaga bersama anak perempuan dan teman wanitanya mencuba angin baru di Sepanyol.

– Mirror

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");