Sukan Hari Ini

Kombinasi terbaik Liverpool dan Klopp

JURGEN Klopp dilaporkan akan tiba di England hari ini untuk bertemu pemilik Liverpool bagi menyelesaikan kontraknya di Anfield.

Di Liverpool nanti, bekas pengurus Borussia Dortmund itu akan bertemu Ketua Eksekutif Liverpool, Ian Ayre dan mengadakan perbincangan lanjut dengan Presiden Fenway Sports Group, Mike Gordon.

Sebelum ini, laporan Mirror menyebut, Klopp bersetuju mengikat kontrak selama tiga tahun dengan opsyen lanjutan jika dirinya menunjukkan prestasi bagus bersama kelab Merseyside.

Sementara itu, legenda Jerman, Franz Beckenbauer menggelar Klopp sebagai jurulatih terbaik di dunia dan menggesa The Reds untuk melengkapkan perjanjian itu segera.

“Dia menakjubkan dan antara seorang pengurus terbaik yang saya kenali di seluruh dunia. Liverpool juga antara kelab tersohor di dunia, jadi Liverpool dan Jurgen Klopp jelas kombinasi yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, pengendali kelahiran Jerman itu mencipta reputasi gahnya apabila mengubah nasib juara Liga Juara-Juara 1997 itu daripada calon penyingkiran kepada antara pasukan paling digeruni ketika ini.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");