Sukan Hari Ini

Kongsi trofi

Melaka: Jerebu teruk yang melanda negeri ini menyaksikan perlawanan akhir kejohanan hoki Piala Ketua Pengarah Politeknik Malaysia di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bukit Serindit, baru-baru ini, dibatalkan sekali gus menobatkan dua pasukan iaitu Politeknik Johor dan Kedah sebagai juara bersama.

Justeru, kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi piala dan hadiah kemenangan.

Tempat ketiga pula menjadi milik Negeri Sembilan selepas menewaskan Perak 2-1 dalam satu perlawanan sengit.

Semua hadiah kemenangan disampaikan Yang Dipertua (YDP) Majlis Sukan Politeknik Malaysia Abdul Karim Jaafar. Hadir sama Pengarah Pembangunan Pelajar Jabatan Politeknik Isa Azhari.

Pengurus pasukan Politeknik Johor, Khairul Nazry Talib (gambar kecil) berkata, kejayaan itu membolehkan skuad terbabit unggul buat kali ketiga berturut-turut sepanjang saingan yang bermula sejak 2011.

Katanya, walaupun perlawanan akhir tidak dapat dilangsungkan kerana jerebu, beliau akur dengan keputusan jawatankuasa teknikal.

“Apapun yang penting kami mengungguli saingan hatrik menerusi kejayaan ini. Tahniah kepada pemain, jurulatih dan pegawai pasukan atas usaha gigih mereka selama ini.

“Saya juga harap pemain mampu mencipta kejayaan keempat musim depan. Apa yang membanggakan pemain yang dilatih bekas penyerang kebangsaan Chairil Anwar Abd Aziz berjaya memperaga aksi terbaik sepanjang kejohanan,” katanya.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");