Membawang Hari Ini

Kruse sahkan slot Jerman

JERMAN layak ke pusingan akhir Euro 2016 sebagai juara Kumpulan D selepas pemain gantian, Max Kruse menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Georgia, awal pagi semalam.

Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ke-50 menerusi sepakan penalti namun kapten Georgia, Jaba Kankava menyamakan kedudukan beberapa minit kemudian.

Jerman yang memerlukan sekurang-kurangnya seri kembali menguasai permainan dengan Kruse memastikan tiga mata apabila meledak pada m-79.

Keputusan itu menyaksikan Jerman menduduki tempat teratas kumpulan dengan kelebihan satu mata dengan Poland yang turut layak selepas menang 2-1 kepada Republik Ireland di Warsaw.

Bagaimanapun pengendali Jerman, Joachim Loew kurang berpuas hati dengan jentera serangannya yang kurang tajam.

“Ini bukan cara permainan Jerman khususnya di bahagian serangan. Bermain dengan baik di awal perlawanan, kemudian kesilapan mulai ketara.

“Saya gembira dengan kejayaan layak ke pusingan akhir, tapi saya tidak berpuas hati dengan dua perlawanan terakhir ini. Ia bukan standard kami.

“Kami harus lebih berusaha, Jerman memiliki kualiti, jika kelemahan ini dapat diperbaiki saya yakin pasukan ini akan meningkat,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");