Panasnya Hari Ini

Kunjungan Ke Petaling Street Jadi Isu Lagakan Dua Negara- Duta China

KUALA LUMPUR: Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang menyifatkan tindakannya melawat ke Petaling Street baru-baru ini telah diperalatkan sekaligus dijadikan sebagai isu untuk melagakan kedua buah negara.

Memetik sumber daripada wawancara di Sin Chew Daily tegasnya juga, timbul tuduhan yang mengatakan bahawa beliau mempunyai tujuan tertentu berkaitan dengan usaha menentang kerajaan Malaysia.

Menerusi wawancara itu lagi beliau menegaskan bahawa lawatannya ke Pusat perniagaan yang dimonopoli oleh orang Cina itu adalah dengan niat yang baik.

“Saya menyokong dan menghormati kerajaan Malaysia sepenuhnya.

“Selepas anda memperhalusi apa yang sedang berlaku, tiada seorang pun yang berfikiran waras akan mendakwa Duta Besar China campur tangan dalam politik Malaysia.

“Lawatan saya ke Petaling Street telah diputar belit dan disalah tafsir,” katanya.

Huang menjelaskan, lawatan beliau ke Petaling Street adalah bersempena Festival Kuih Bulan selain bagi mendekati dan bergaul dengan masyarakat Malaysia dan mentafsir sendiri tahap keselamatan di Petaling Street.

Huikang bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan itu sama sekali tidak disesalinya.

Jelasnya lagi, lawatannya ke Petaling Street itu tidak berkaitan dengan mana-mana penganjuran perhimpunan yang dijalankan di Malaysia tetapi mempunyai hanya berkaitan dengan sambutan Festival Kuih Bulan.

“Saya pergi ke sana untuk mengagihkan kuih bulan. Tahu tak anda bahawa saya membawa dua jenis kuih bulan? Salah satu jenisnya ialah kuih bulan halal yang diagihkan kepada rakan Melayu.

“Ini menunjukkan program saya adalah secara bersantai dan saya melawat dengan hati yang ikhas.

“Saya tidak boleh membatalkan lawatan hanya kerana ada perhimpunan di situ pada keesokan harinya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");