Jenayah

Lagak pelanggan 30 minit

Kajang: Berpura-pura mahu membeli belon besar untuk sambutan hari jadi anaknya. Itu taktik lakonan digunakan seorang penjenayah untuk memperdaya sebelum mencuri telefon bimbit milik seorang kakitangan kedai.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, lelaki terbabit menyamar sebagai pelanggan dan masuk ke dalam kedai menjual kelengkapan majlis keraian di Reko Sentral, di sini.

Pemilik kedai, Mastura Muhamad, 35, berkata, suspek berada di dalam kedai itu selama 30 minit sebelum memesan dua set belon helium.

Menurutnya, terdapat seorang lagi pekerja berada di dalam premis itu dan sibuk melayan pelanggan.

“Suspek menggunakan pelbagai helah sehingga memaksa pekerja menyediakan pelbagai barangan yang dipesan termasuk kerja mengisi gas helium ke dalam belon.

“Bagi mengalih tumpuan kami, suspek turut memesan pelbagai barangan lain termasuk satu set belon berharga RM50 seunit, tiga pek pinggan dan lima set cawan parti yang keseluruhannya bernilai RM400,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");