Sukan Hari Ini

‘Latihan pertama umpama perang’

London: Francis Coquelin (gambar, kiri) mendedahkan sesi latihan pertamanya di Emirates boleh dianggap sebagai peperangan sekali gus membuatkan dia terfikir sama ada mahu kembali ke kelab berkenaan atau mencari haluan baru.

Pemain tengah Perancis itu baru berusia 16 tahun apabila dia menghabiskan masa selama seminggu untuk menjalani sesi pemilihan di London Colney dan walaupun bermain dalam keadaan sedikit cedera, dia tetap mampu memikat panel kejurulatihan.

Namun Coquelin yang kini sudah semakin kerap diturunkan sebagai pemain utama, mengaku dia serba salah untuk menerima tawaran Arsenal selepas namanya dipilih.

“Selepas pulang daripada sesi pemilihan itu, saya tidak pasti sama ada saya akan kembali semula atau tidak,” katanya. “Saya masih ingat lagi sesi latihan pertama bersama pasukan dan ia seolah-olah medan perang. Saya terserempak dengan pengurus ketika mahu pulang dan saya katakan kepada beliau ‘suasana di sini benar-benar berbeza.’

“Saya melihat dua pemain bergaduh ketika berlatih dan saya juga bertengkar dengan Jens Lehmann sekali gus membuatkan saya terfikir ‘Di manakah saya ketika ini?’

“Dua minggu kemudian, kami berdepan perlawanan Bawah 17 Tahun Eropah dan saya lebih bimbang dan berfikir sama ada bolehkah saya bermain sedangkan saya masih belum menandatangani apa-apa kontrak.”

Begitupun, Coquelin sedar peluang itu terlalu besar untuk ditolak dan berkata, dua atau tiga bulan pertamanya di Arsenal perlu dijadikan sebagai tempoh untuk belajar perkara baru.

“Ia bukan keputusan yang mudah kerana saya perlu meninggalkan keluarga di Perancis,” katanya. “Tapi pada masa sama, saya sedar sudah tiba masanya untuk berhijrah.”

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");