Sukan Hari Ini

Lebur ego Selangor

Kuala Terengganu: Selepas berjaya menutup mulut dua pasukan Liga Super, Kelantan dan FELDA United dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia, T-Team berazam melakar kemenangan bertemu Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Jurulatihnya Tomislav Steinbruckner berkata, kemenangan ke atas Red Giants amat penting untuk menentukan hala tuju pasukannya sama ada mampu melangkah ke suku akhir ataupun sebaliknya.

“Kami bangga kerana menang 2-1 ke atas FELDA United Sabtu lalu biarpun diasak hebat lawan hingga minit terakhir, namun saya harap pemain dapat melakukan perkara sama bertemu Selangor nanti.

“Selain itu, saya menuntut komitmen tinggi daripada setiap pemain serta dapat meningkatkan prestasi semasa kerana lawan yang berjaya menumpaskan The Titans 1-0 pada aksi pusingan pertama juga memerlukan kemenangan,” katanya.

T-Team kini mengumpul enam mata, kurang satu mata daripada pendahulu Selangor dan memasang impian untuk melangkah ke suku akhir apabila menang kali kedua berturut-turut selepas tumpas dua perlawanan awal.

Kejayaan melebur rekod tanpa kalah FELDA United dan menang 3-1 ke atas Kelantan bagaikan memberi isyarat corak yang diperagakan pemain muda The Titans semakin meningkat.

“Peningkatan dipamerkan pemain dalam setiap perlawanan membuktikan mereka sentiasa bersedia.

“Kebangkitan ini perlu diteruskan dalam dua aksi terakhir bertemu Selangor dan Kelantan,” kata bekas jurulatih remaja kebangsaan Croatia itu biarpun menyedari laluan sukar menanti pemainnya kerana beraksi di luar Terengganu untuk baki saingan.

The Titans kehilangan khidmat penggempur utama Farhod Tadjiev akibat kecederaan lutut berpanjangan dan kini mengharapkan sentuhan jaringan Tomislav Busic, Sadriddin Abdullaev, dan Zulhanizam Shafine.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");