Sukan Hari Ini

Ledakan benam Macau penawar duka

Kuala Lumpur: Skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara menewaskan Macau 4-1 semalam namun kebangkitan itu sudah terlewat kerana impian mereka untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Bahrain tahun depan sudah berkubur lebih awal.

Kemenangan aksi terakhir Kumpulan I itu tidak boleh mengubah nasib anak buah Hassan Sazali Waras yang sekadar menamatkan kempen kelayakan di tangga ketiga selepas kekalahan awal 0-6 kepada tuan rumah China dan 0-1 di tangan Korea Utara.

Hanya pasukan juara daripada 10 kumpulan dan lima pasukan naib juara terbaik berpeluang melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Menurut Hassan, biarpun gagal dalam misi ke Bahrain, kemenangan ke atas Macau itu memberikan sedikit petanda positif mengenai semangat juang pasukannya.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain kerana menunjukkan sikap tidak putus asa walaupun tidak lagi layak ke peringkat seterusnya.

“Saya berharap ia akan menjadi pengalaman dan pengajaran berguna kepada semua pemain bagi meneruskan karier mereka selepas ini,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Pusat Sukan Jiangsu Huai’an semalam, penyerang muda negara Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew beraksi cemerlang dengan ledakan hatrik pada minit ke-3, 69 dan 82 manakala satu lagi gol disumbang pemain gantian Muhammad Danial Ashraf Abdullah, minit ke-63.

Macau yang tewas dalam kesemua tiga perlawanan dan menduduki tangga tercorot di belakang Malaysia berjaya mencuri satu gol menerusi Jorge Marcelo Vitorino pada minit ke-49.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");