Jenayah

Lelaki Rohingya beri rasuah dipenjara

Melaka: Buruh binaan Rohingya dari Myanmar dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai Imigresen.

Tertuduh, Mohamad Babul Abd Satar, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Amran Jantan, selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Rohingya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memberi rasuah RM100 kepada pegawai Imigresen dari Jabatan Imigresen Melaka sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tinggal di negara ini tanpa permit sah.

Kesalahan itu dilakukannya pada 10.30 pagi 2 September lalu di tapak projek binaan di Bukit Katil, di sini.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Pegawai Pendakwa Mohd Fauzi Shadollah memohon kepada mahkamah, mengenakan hukuman setimpal.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan kerana mempunyai seorang anak selain menanggung ibu bapa di Myanmar.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Amran kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan dan denda RM10,000, jika gagal bayar boleh dipenjara enam bulan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");