Perak Hari Ini

Lemas Dalam Perigi

BIDOR: Seorang lelaki warga emas berusia 50 tahun ditemui mati lemas di dalam perigi.

Menurut sumber, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.34 petang, semalam.

“Menurut maklumat daripada pihak polis, seorang lelaki berusia 50 tahun ditemui mati lemas dalam sebuah perigi di Kampung Cool Stream, disini.

“Pihak bomba kemudiannya menggunakan tali bagi mengeluarkan mangsa dari perigi tersebut,”katanya.

Tambahnya lagi, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat yang diketuai oleh PBK II Nasaruddin tamat pada jam 2.07 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");