Perak Hari Ini

Lima Aspek Jayakan Visi Dan Misi MBI- Rusnah Kassim

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim menggariskan lima panduan utama bagi memastikan visi dan misi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya dicapai.

Katanya lagi, kesemua panduan ini perlu diamalkan oleh setiap kakitangan MBI untuk menjadikan organisasi tersebut sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terulung di Negara ini.

“Pertama ialah sikap saling menghormati. Anggota mesti hormat menghormati antara satu sama lain. Kalau kita saling menghormati, kerja kita akan menjadi mudah. Kita juga perlu mematuhi arahan-arahan yang kita buat dan juga arahan dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Kedua ialah kita mesti kerja sebagai satu pasukan. Kalau salah satu jabatan mempunyai masalah, jabatan lain tidak boleh mengabaikan. Kalau nak ianya diselesaikan, pandangan dan idea dari jabatan lain perlu ada,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Perhimpunan Bulanan Anggota dan Executive Talk, di Dewan Bandaran, di sini, pagi tadi.

Tambahnya lagi, perkara yang ketiga ialah setiap anggota juga perlu mempunyai pengetahuan dan berilmu.

PERAKTODAY48

“Keempat, setiap daripada kita mesti mempunyai tenaga dan semangat. Kalau kita lemah dan lesu, semangat untuk bekerja tidak akan ada. Mesti ada semangat untuk membangunkan MBI.

“Terakhir, kita mesti berhemah dan ada integriti. Tak kira di peringkat mana, integriti itu amat penting. Kalau tidak ada integriti, perkara yang lain seperti yang saya sebutkan tadi akan hancur,”ujarnya.

Tambahnya, kelima-lima aspek ini perlu dimiliki dan diamalkan oleh kesemua kakitangan MBI termasuk di peringkat atasan dan bawahan.

“Lima perkara ini perlu ada dalam semua kakitangan MBI, tidak kira di peringkat atasan mahupun bawahan kerana rakyat pada masa kini bukan lagi seperti dahulu.

“Jadi pendekatan yang kita gunakan juga perlu berubah,”ujarnya.

Sementara itu, beliau memberi saranan agar anggota MBI dapat turun padang untuk mendengar sendiri masalah rakyat.

“Kita turun padang untuk melihat dan memerhati sekurang-kurangnya pantau ke kawasan seminggu sekali. Berinteraksi dengan rakyat.

“Ini ialah langkah proaktif yang perlu diambil. Jangan tunggu bila ada aduan baru bertindak,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");